Happy Together..

Assalamualaikum..Ahlan wasahlan...


Kepada sahabat andai, pengunjung2, yang sudi mengunjungi blog yang tak seberapa ini. Dengan harapan, agar blog ini, dapat memberi manafaat, ilmu yang berguna dan diredhai oleh yang maha Esa.

Tidak ku lupakan, kepada Suami yang sentiasa berada di sisi, menjadi tunjang belakang dalam perjalanan ini.... dan kepada Danial dan Luqman, Ibu amat menyayangi kalian berdua. Semoga Allah S.W.T sentiasa memberkati kalian dan menjadikan kamu Insan yang berguna didunia ini dan Ibu sentiasa mendoakan apa yang terbaik buat kamu dalam mengharungi arus hidup ini.


Ya Allah, aku amat bersyukur kehadirat Mu dengan memberi kesempatan kepada diriku yang hina ini untuk menarik nafas dalam setiap hujung kehidupan ini. selawat dan salam keatas Nabi S.A.W dan para sahabat bahginda.

Monday, June 15, 2009

10 Laluan Tak Mempunyai Tol


10 Laluan yang bakal dilalui oleh manusia dari dunia sampai akhirat, bagaimana memudahkannya.



1. Laluan Menuju ke kubur

- Jauhkan dari perbuatan mengumpat dan mengeji
- hindarkan perasaan irihati (benci)
- Jangan terpengaruh dengan emas atau perak
- Sucikan qada hajat dengan istibra (hadas kecil)

2. Laluan untuk berjumpa dengan Izrail

- bersihkan diri dengan bertaubat
- gembirakan hati orang mukmin
- Bayar semula qada’ yang tertinggal
- Kasih sepenuh hati dengan ALLAH SWT

3. Laluan untuk bertemu Mungkar Nakir

- Mengucap dua kalimah syahadah
- Suka memberi sedekah
- Berkata benar
- Bersihkan dan perbaiki hati

4. Laluan untuk memberatkan timbangan

- Belajar atau mengajar ilmu yang bermanfaat
- Sucikan perkataan dan pakaian
- Bersyukur dengan yang sedikit
- Suka dan redha dengan yang didatangkan oleh ALLAH

5. Laluan memantapkan amalam

- Jauhkan perkataan yang sia-sia
- Pendekkan cita-cita dunia
- Banyakkan puji-pujian kepada ALLAH dan RASUL
- Banyakkan sedekah dan akhirat

6. Laluan melalui titan siratul Mustaqim

- Kasihilah ailia’ ALLAH TAALA
- Berbaktilah kepada kedua ibubapa
- Berpegang teguh dengan hukun syarak
- Bercakap perkataan yang baik sesama makhluk

7. Laluan menjauhkan diri dari Neraka

- Banyakkan membaca Al-Quran
- Banyakkan menangis kerana dosa2 yang lalu
- Tinggalkan perkara maksiat
- Jauhkan segala yang haram

8. Laluan untuk memasuku syurga

- Membuat kebajikan sebanyak yang boleh
- Kasihi orang yang soleh
- Kerjakan segala suruhan2 ALLAH
- Merendahkan diri diantara semua makhluk ALLAH

9. Laluan utk berjumpa dengan Nabu Muhammad SAW

- Kasihilah Nabi ALLAH
- Kasihilah Rasullulah SAW
- Tuntutilah yang difardhukan oleh ALLAH
- Banyakan selawat Nabi Muhammad SAW

10. Laluan untuk bertemu ALLAH

- Serahkanlah seluru jiiwa dan raga kepada ALLAH
- Hindarkan diri dari menderhaka kepada ALLAH
- Betulkan dan baikkan I’tiqad kepada ALLAH
- Bencikan segala yang diharamkan.

No comments:

Post a Comment