Happy Together..

Assalamualaikum..Ahlan wasahlan...


Kepada sahabat andai, pengunjung2, yang sudi mengunjungi blog yang tak seberapa ini. Dengan harapan, agar blog ini, dapat memberi manafaat, ilmu yang berguna dan diredhai oleh yang maha Esa.

Tidak ku lupakan, kepada Suami yang sentiasa berada di sisi, menjadi tunjang belakang dalam perjalanan ini.... dan kepada Danial dan Luqman, Ibu amat menyayangi kalian berdua. Semoga Allah S.W.T sentiasa memberkati kalian dan menjadikan kamu Insan yang berguna didunia ini dan Ibu sentiasa mendoakan apa yang terbaik buat kamu dalam mengharungi arus hidup ini.


Ya Allah, aku amat bersyukur kehadirat Mu dengan memberi kesempatan kepada diriku yang hina ini untuk menarik nafas dalam setiap hujung kehidupan ini. selawat dan salam keatas Nabi S.A.W dan para sahabat bahginda.

Wednesday, May 27, 2009

Kisah Luqman Al-Hakim Dengan Telatah Manusia


Dalam sebuah riwayat menceritakan, pada suatu hari Luqman Hakim telah masuk ke dalam pasar dengan menaiki seekor himar, manakala anaknya mengikut dari belakang. Melihat tingkah laku Luqman itu, setengah orang pun berkata, 'Lihat itu orang tua yang tidak bertimbang rasa, sedangkan anaknya dibiarkan berjalan kaki." Setelah mendengarkan desas-desus dari orang ramai maka Luqman pun turun dari himarnya itu lalu diletakkan anaknya di atas himar itu.

Melihat yang demikian, maka orang di pasar itu berkata pula, "Lihat orang tuanya berjalan kaki sedangkan anaknya sedap menaiki himar itu, sungguh kurang adab anak itu."
Sebaik saja mendengar kata-kata itu, Luqman pun terus naik ke atas belakang himar itu bersama-sama dengan anaknya. Kemudian orang ramai pula berkata lagi, "Lihat itu dua orang menaiki seekor himar, adalah sungguh menyiksakan himar itu." Oleh kerana tidak suka mendengar percakapan orang, maka Luqman dan anaknya turun dari himar itu, kemudian terdengar lagi suara orang berkata, "Dua orang berjalan kaki, sedangkan himar itu tidak dikenderai." Dalam perjalanan mereka kedua beranak itu pulang ke rumah, Luqman Hakim telah menasihatai anaknya tentang sikap manusia dan telatah mereka, katanya, "Sesungguhnya tiada terlepas seseorang itu dari percakapan manusia. Maka orang yang berakal tiadalah dia mengambil pertimbangan melainkan kepada Allah S.W.T saja.

Barang siapa mengenal kebenaran, itulah yang menjadi pertimbangannya dalam tiap-tiap satu."
Kemudian Luqman Hakim berpesan kepada anaknya, katanya, "Wahai anakku, tuntutlah rezeki yang halal supaya kamu tidak menjadi fakir. Sesungguhnya tiadalah orang fakir itu melainkan tertimpa kepadanya tiga perkara, iaitu tipis keyakinannya (iman) tentang agamanya, lemah akalnya (mudah tertipu dan diperdayai orang) dan hilang kemuliaan hatinya (keperibadiannya), dan lebih celaka lagi daripada tiga perkara itu ialah orang-orang yang suka merendah-rendahkan dan meringan-ringankannya."

By Sabahan.net

No comments:

Post a Comment